SEGi memulakan 2021 dengan iltizam yang tinggi

SEGi University & Colleges (SEGi) baru-baru ini bangga meraikan enam (6) pengiktirafan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia untuk tahun penilaian 2018/2019, iaitu:

  1. Penarafan 5 bintang SETARA 2018/2019 untuk Universiti SEGi dalam kategori Emerging University (penubuhan IPT 15 tahun atau kurang);
  2. Penafaran 6 bintang MyQUEST 2018/2019 untuk SEGi College Subang Jaya dalam kategori kolej bersaiz besar (enrolmen pelajar lebih daripada 2,000 orang);
  3. Penafaran 6 bintang MyQUEST 2018/2019 untuk SEGi College Kota Damansara dalam kategori kolej bersaiz sederhana (enrolmen pelajar antara 601 – 1,999 orang);
  4. Penafaran 6 bintang MyQUEST 2018/2019 untuk SEGi College Pulau Pinang dalam kategori kolej bersaiz sederhana (enrolmen pelajar antara 601 – 1,999 orang);
  5. Penafaran 6 bintang MyQUEST 2018/2019 untuk SEGi College Sarawak dalam kategori kolej bersaiz kecil (enrolmen pelajar kurang daripada 600 orang).
  6. Penafaran 5-bintang MyQUEST 2018/2019 untuk SEGi College Kuala Lumpur dalam kategori kolej bersaiz besar (enrolmen pelajar lebih daripada 2,000 orang);

Dengan pengiktirafan ini, SEGi mengesahkan kedudukannya sebagai “Most Wins Private Institution" bagi tahun taksiran 2018/2019.

Selain itu, SEGi muncul dalam peringkat 45% teratas dalam 2021 QS World University Rankings: Asia.

“Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen SEGi dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi. Kemenangan ini menandakan kemenangan terbanyak yang pernah diterima oleh sebuah institusi swasta tunggal. Kami berasa amat bangga dengan pencapaian ini yang memberi inspirasi kepada kami untuk terus berinovasi dan meningkatkan kualiti program untuk memastikan graduan-graduan kami sedia dengan keperluan industri,” kata Cik Hew Moi Lan, Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan SEG International Berhad.