Selama tiga tahun berturut-turut, profesor Fakulti Perubatan, Kejururawatan & Sains Kesihatan SEGi dan ketua sains praklinikal, Prof. Dr. Rebecca Wong Shin Yee telah dinamakan antara Saintis 2% Terbaik Dunia oleh Universiti Stanford. Ini adalah kali ketiga profesor fisiologi itu menampilkan namanya dalam kategori pencapaian Satu Tahun bagi bidang perubatan klinikal sejak 2020.

Menurut laporan Universiti Stanford yang dikeluarkan pada Oktober 2022. Prof. Wong juga merupakan antara penyelidik teratas yang tersenarai dalam kategori pencapaian Sepanjang Kerjaya, bersaing dengan saintis terkemuka di seluruh dunia.
Baca artikel penuh: https://university.segi.edu.my/?p=20860