SEGi membawa masakan Malaysia ke India

Sekolah Hospitaliti & Pelancongan SEGi University menghadiri program Ethnic Twist di Raak Institute of Hotel Management and Katering Technology di Pondicherry dan Coimbatore, India.

Majlis tersebut telah diadakan pada 31 Ogos dan 1 September. Acara ini bertujuan untuk bertukar-tukar pengetahuan tentang kelainan etnik antara kedua-dua budaya.

Ketua Sekolah Hospitaliti & Pelancongan SEGi, Muhammad Bonnie Lopez Abdullah, mempamerkan pelbagai teknik memasak dan berkongsi pengetahuan luasnya dalam industri dengan pelajar di sana.

Institut Pengurusan Hotel & Teknologi Katering Raak merupakan salah satu kolej perintis Kumpulan Raak Institusi Pendidikan.