Kolej SEGi Pulau Pinang dan The Prestige Hotel – Perkongsian baharu

Sempena Hari Pelancongan Sedunia pada 27 September 2022, SEG International Group Sdn Bhd (“SEGi”) dan The Prestige Hotel telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang disaksikan oleh pegawai dari kedua-dua organisasi. Majlis menandatangani perjanjian ini diadakan dengan perasmian bilik hotel rekaan kami yang serba baharu di Kolej SEGi Pulau Pinang.

Antara bidang yang telah dipersetujui SEGi dan The Prestige Hotel dalam MoU ini ialah perkongsian kepakaran profesional dalam bidang perhotelan dan masakan, serta kerjasama dalam program akademik.

Sebagai contoh, Hotel Prestige akan memberi rundingan dalam sukatan pelajaran untuk program pengurusan hotel dan seni masakan. Selain itu, Hotel Prestige juga akan mengambil bahagian sebagai organisasi penempatan latihan industri.

Baca artikel penuh: https://colleges.segi.edu.my/penang/segi-college-penang-and-the-prestige-hotel-a-new-partnership/