SEGi Group of Colleges (SEGi) baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman bersama MAMEE-Double Decker (M) Sdn Bhd (MAMEE) sebagai sebahagian daripada inisiatif Pengalaman Pembelajaran Imersif mereka. Ini merupakan satu lagi kerjasama yang signifikan untuk memberi pelajar SEGi pemahaman yang menyeluruh tentang industri sama seperti di tempat kerja, juga merupakan tambahan hebat kepada program SEGi yang komprehensif di dalam bilik darjah.
Pengalaman Pembelajaran Imersif SEGi membolehkan pelajar belajar dan bekerja dengan beberapa syarikat ternama dalam industri. Sepanjang tempoh pengajian mereka, pelajar akan menjalankan tugasan yang menarik berdasarkan situasi bekerja sebenar yang mencabar. Projek-projek ini direka bentuk bersama, diselia bersama dan dinilai bersama oleh ahli akademik dan pemimpin dalam syarikat rakan kongsi ini. Perjanjian ini juga mewujudkan peluang untuk membina rangkaian dan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik supaya kedua-dua pihak akan dapat membantu antara satu sama lain untuk memperoleh manfaat sebaik mungkin.
Untuk artikel penuh, sila klik: https://www.malaysiakini.com/announcement/601610