Penyelidikan kolaboratif mengenai virus pernafasan antara Universiti Duke, Hospital Sibu dan Universiti SEGi telah mendapat sokongan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.
Duta Besar AS ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir berkata penyelidikan yang dijalankan di makmal Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di Hospital Sibu adalah untuk manfaat bukan sahaja rakyat Malaysia atau Amerika, tetapi untuk semua manusia.
"Kesihatan global adalah milik semua orang. Saya amat menghargai dan menghormati mereka yang telah bekerja dalam penyelidikan di Sibu dan saya berharap dapat menyokongnya," katanya pada sidang media semasa lawatannya ke makmal CRC semalam.
Untuk artikel penuh, sila layari: https://www.theborneopost.com/2018/04/10/us-embassy-all-for-collaborative-research-on-respiratory-virus/