Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Bina Dalaman mendapat akreditasi pembaharuan

Lembaga Akitek Malaysia (LAM) melawat Jabatan Senibina Dalaman Universiti SEGi untuk mengesahkan semula akreditasinya bagi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Senibina Dalaman.

Pakar-pakar panel dari Majlis Akreditasi dan Pendidikan Senibina Malaysia (MAPS), yang dilantik dan diluluskan oleh Lembaga Akitek Malaysia (LAM), menilai semua mata pelajaran yang dijalankan, termasuk kursus-kursus reka bentuk dan bukan reka bentuk. Karya-karya pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 3, serta kumpulan pelajar yang akan menamatkan pengajian, dipamerkan dan dinilai dengan sewajarnya oleh pakar-pakar panel untuk memastikan hasil mereka selari dengan standard dan kualiti yang diperlukan.

Universiti SEGi dan Jabatan Senibina Dalaman ingin mengucapkan terima kasih kepada pakar-pakar panel dari MAPS kerana memberikan masa selama dua hari untuk proses akreditasi ini. Kami berazam untuk meningkatkan standard kualiti kami selarasa dengan  visi kami: Reimagine, Recognise, Redefine, Revolutionise.